Dahulu, kalau menulis atau menggrafik apa sahaja di sini pasti aku letak nama bluehikari sebagai yang empunya hakcipta. Kononnya tak mahu dicilok. Kita lupa agaknya, semua yang kita ada bukan hak kita. Datangnya dari DIA. DIA yang menjadikan ilham itu terzahir di otak kita. Turun ke lidah, tangan dan wujud di sini. Sejak tersedar hal ini dari pembacaan luas, aku sudah mula tidak ambil kisah tentang hak cipta penulisan/grafik yang aku ada.
Ironinya, kalau kalian mahu ambil apa sahaja yang terencana dalam blog ini silakan. Aku cuma tagih pahalanya untuk bekal di SANA kelak. Tak perlulah mempertahankan hak penulisan/grafik dari akta itu dan ini, sedangkan semuanya bukan kepunyaan kita. Ilmu itu datangnya daripada DIA, kita sebarkanlah.
Ambil yang muluk, buang yang buruk.
Salam
Bagaimana jika yang mengambil itu dari jenis yang kurang akal budi, mendakwa dakwi dia punya dan tidak menyatakan sumber asalnya…
waterlily>> biarkanlah. Allah knows better. Dulu sy kisah, tapi skrg saya dah tak kisah. Kalau ayah dan ibu mereka mendidik tentang akal budi, pasti mereka tahu bagaimana yang sepatutnya. Di SANA kelak, semua orang akan tahu juga akhirnya bukan? :)Â
kagum…kagum sempena ramadhan yang diberkati ini dapat menemukan dirimu dengan apa yang kau cari..amin
lone>>> kagum kpd DIA. DIa yang lebih dan maha berhak. kita debu pun belum tentu lagi sebesar itu disisi semua ciptaanNya. Masih ingat grafik multimedia gmmbr yang diambil dr bumi kemudian keluar ke langit dan angkasa semasa ESQ165? Gerun sekali. DImanakah kita?
betul…kita hanyalah dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan menjaga segala ciptaan dan kurniaanNYA ini bagi memakmurkan bumi semesta.Segalanya adalah milik DIA dan akan dikembalikan kepadaNYA jua sampai masanya kelak. Itulah konsep hakmilik yg sebenar.
bagus la kamu bro.. 🙂
jika benarlah ini blog en Rudy, salam temu kembali.
Sejak bertukar wajah, saya pun baru saja buang penafian disclaimer itu dari SangPelangi. Terasa macam bongkaknya diri mengaku semua ini milik sendiri.
Hak Cipta dari segi komersil, lain pula bunyinya.
aku memang dari dulu lagi tak penah letak hakcipta terpelihara atau tidak terpelihara.
😉
Ya, saya perjuangkan ini dulunya.
Malangnya, ada yang masih tak faham konsep ini.
Dituduhnya saya menciplak dan boleh dikenakan hukum. Padahal itu semua kepunyaanNya.
.
Oo, jangan risau..cuba anda letakkan copyleft dan bukan copyright di blog anda 🙂
En Rudy,
Saya minta maaf jika ada yang terkasar saat memimpin mahasiswa dulu 🙂 saya hanya jalankan apa yang saya anggap amanah kepada saya dalam serba kepayahan yang En sendiri maklum 🙂
Ingat lagi masa En mula2 berkhidmat, saya ada tanyakan sama ada kenal dengan makcik saya – mantan SUA PKPMJ 🙂
Saya tak cam sebenarnya, tapi ada kawan yang mengingatkan saya tentang Hiroshi 🙂
En Rudy di mana sekarang (Rudy?). Saya masih memakai no. yg lama 012-4667658
Mengenai hakcipta ini elok dibaca di sini, dari sudut keadilan sesuatu karya itu menurut Islam:
http://universitipts.com/index.php/undang_undang_harta_intelek_dan_hakcipta_dalam_islam/
Sungguh murni
alhamdulilah 🙂
betul, betul, betul…
sahabat sekalian>> jazakallah atas komen dan pandangan.