2021 – SATU

Heavy Downpour — Image by © Anthony Redpath/Corbis

7 tahun menyorokkan diri di jabatan yang kurang dikenali memberikan rasa bahagia. Meskipun diasak ejekan ‘cold fridge’, aku raikan ia dengan senyuman dan seribu kesyukuran. Puji Tuhan,7 tahun aman tanpa gangguan.

Sejak berpindah jabatan baharu pada Disember 2020, sakit dahulu seperti datang kembali. Kali ini, cuma boleh bertahan dan aku nak lihat sejauh mana aku boleh berdamping dengan rasa nyeri yang ada.

Bulan lalu tika purnama, ada sesuatu cuba masuk ke dalam badan. Aku tersedak dan memaksa diri untuk memuntahkan isi perut yang baru diisi. Nafas seakan hilang. Daya kawalan panik yang dahulu sudah mendarah daging seperti hilang. Selepas muntah, serasa lega di dada, meski tersisa perit berjam-jam lamanya.

Bertahan. Tuhan berikan aku kekuatan.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.