May 11th, 2008

GANTI

Posted in bebas by Rudy

“Jadual perjalanannya ketat. Mulanya dari Kuala Lumpur ke London tetapi transit di Kota Singa. Kemudian dari London terbang ke Madrid, Sepanyol. Kemudian terbang lagi dari Madrid ke Jerman. Dari Jerman ke Amsterdam pula naik kapal terbang lagi. Manakala selepas itu, you ke Netherlands dengan jalan darat.”, Dia.

“Pulang semula melalui jalan darat ke Amsterdam. Lepas itu you ambil penerbangan terus ke London. Dari London ke Kota Lumpur you transit di Kota Singa. Apa pendapat you? You boleh gantikan I untuk perjalanan kerja ke Europe ini? I upgrade-kan you ke bussines class.” Dia lagi.

Aku. Diam. Terkejut pun ada. Short Notice! Jadual pula macam terkejar-kejar. Penat?  Lagi-lagi, aku ini fobia naik kapal terbang lebih dari 7-8 jam. Aku tolak dengan baik. Kerana kekangan diri sendiri. Ketika bercerita kepada seorang sahabat petang itu tentang hal ini. Dia kata aku bodoh kerana menolak tawaran itu.

Aah aku memang bodoh. Aku jawab dengan baik. Dan kemudian bicara tentang itu tertitik di situ.

* Terima kasih R, sebab tawarkan aku menggantikan tempatmu. Sungguh baik hatimu. Moga-moga Allah jualah yang membalasi keikhlasanmu itu. Tetapi maaf berkali-kali kerana diri ini memang tidak mampu untuk itu.

+ Selamat Hari Ibu buat ibu M, ibu D, ibu NH dan seluruh ibu di dunia ini. Berbahagialah ibu hingga ke syurga.

May 10th, 2008

DARUL IMAN KE DARUL IMAN

Posted in kelana by Rudy

 

Mei yang penuh diari. Ya, berkelana lagi.

Minggu lalu di Darul Iman. Minggu ini sekali lagi di Darul Iman. Ada kerja yang perlu dilunaskan. Maha suci Allah yang menetapkan rezeki untuk hambaNya. Moga dipermudahkan.

Batu rakit tepian pantai
Laut tenang biru warnanya
Hati sakit perlukan santai
Usah dikenang buruk padahnya.

* Oh ya, aku belum usai baca Gangguan Teksual. Tetapi setakat ini entri sahabat aku Ayobkelubi tentang mimpi menjadi kambingnya itu, buat aku ketawa sorang-sorang sampai suri kata aku gila. Ha! Ha! Ha! Tetapi, entri aku semuanya jiwa-jiwa. Melankolik. Silap-silap boleh banjir kilat; kata seorang pembeli GT menerusi sms lewat petang semalam. Betulkah?